Memaparkan catatan dengan label Teladan Hijrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teladan Hijrah. Papar semua catatan

Hijrah Ke Taif

Setelah mana Rasulullah s.a.w berdakwah secara terang - terangan , menyeru kepada Allah s.w.t......

sambungan >>>>>>

Mengapa Hijrah disyariatkan ?

Dicatat dalam kitab Tafsir al-Manar : Ayat - ayat yang menyebut soal hijrah menyatakan bahawa Hijrah telah disyariatkan kerana tiga sebab utama : dua antaranya berkaitan individu dan yang ketiga tentang jemaah.

Sebab Pertama : Tidak harus bagi seseorang muslim bermukim di sebuah penempatan yang menghina, memberi tekanan , dan menjejaskan kebebasan beragama dan hak individu. Bagi setiap muslim yang merasakan syiar Islam itu ditindas atau tertegah untuk mendirikannya, maka wajib baginya berhijrah ke penempatan yang memberi kebebasan agama dan mendirikannya.

Sebab Kedua : Merantau untuk mencari dan menuntut ilmu dan mendalaminya.

Sebab Ketiga : Wajib bagi umat Islam berhijrah kepada jamaah Islam ( persatuan ) atau kerajaan Islam yang kuat yang mana dengannya dapat menyebarkan Islam dan melaksanakan segala syariat Islam, dan menjaga kesuciannya. Jemaah atau kerajaan ini dapat melindungi dakwah Islam dan para pendakwah daripada pelampau - pelampau, musuh - musuh Islam dan orang - orang yang zalim.

Jadi hijrah melalui tiga sebab ini telah dicapai di Madinah sebelum pembukaan Makkah .Oleh itu, Rasulullah s.a.w bersabda ( Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Makkah melainkan hijrah dalam bentuk jihad dan niat ) . Daripada hadis Rasulullah s.a.w ini dapatlah difahami bahawa hijrah demi memelihara aqidah lebih afdal daripada berhijrah dari satu tempat ke tempat lain.

Sebuah syair Arab bermaksud :

Semangat peristiwa hijrah membuak - buak di dalam hati,
Setiap tahun ingatan terhadapnya disemai,
Ia mengilhamkan kita erti hidup yang mulia,
erti jihad di dalamnya menjadi kemegahan dan keindahan.

Konsep Hijrah

Hijrah....
Adapun berhijrah dengan keluar dari negeri konflik orang kafir ke negeri aman orang Islam.Ia wajib di zaman Rasulullah s.a.w dan kewajipan itu berkekalan hingga zaman hari kiamat.

Adapun berhijrah dalam maksud hadis
( "Tiada hijrah selepas pembukaan Makkah kecuali jihad dan niat" ) : ialah berkaitan dengan hijrah ke bumi Madinah yang menjadi tempat tuju hijrah Rasulullah s.a.w. Hijrah Rasulullah ini tidak akan berlaku lagi selepas pembukaan Makkah.

Terdapat beberapa jenis hijrah :

- Keluar dari tempat yang berleluasa kemungkaran dan dipenuhi perkara - perkara haram. Ini sekiranya seseorang mukmin itu tidak dapat meleraikan dirinya daripada kemungkaran di situ , maka wajiblah baginya keluar dari situ. Ini kerana mencari yang halal itu satu kefarduan atau kewajipan bagi setiap muslim.

Ibnu Qasim pernah berkata :
Aku mendengar Imam Malik berkata : Tidak halal bagi seseorang untuk tinggal di sesuatu tempat yang dikeji oleh Salafu-sSoleh ( Sahabat - sahabat ).

Ibnu al - Arabi : Inilah yang benar kerana apabila kemungkaran tidak dapat diubah , maka wajiblah seseorang itu menjauhinya.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al - An'am ayat 68 yang bermaksud :

"Dan apabila engkau melihat orang - orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek - ejek ayat - ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain, dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan ( lalu engkau duduk bersama mereka ) , maka janganlah engkau duduk lagi bersama - sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau teringat ( akan larangan itu )."

Ada juga hijrah berlaku kerana takut akan penyakit yang merebak. Suatu masa, Rasulullah pernah memberi keizinan kepada para pengembala untuk berhijrah ketika sehinggalah keadaan kembali sihat.

Seseorang yang berhijrah juga kerana ingin menimba ilmu dan pengalaman. Ada juga mengembara kerana ingin mencari iktibar hidup . Biasa berlaku juga bagi orang yang menunaikan haji dan berjihad di jalan Allah.

Firman Allah dalam Surah an-Nisa' , ayat 100 :
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam ), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat behijrah yang banyak dan rezeki yang makmur, dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan rasulNya, kemudian ia mati ( dalam perjalanan ) , maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan Ingatlah Allah amat pengampun lagi amat mengasihani.

Hadis Rasulullah s.a.w yang telah direkodkan ole al - Bukhari dalam Kitab al - Iman bahawa baginda bersabda :
Sesungguhnya setiap amalan disertakan dengan niat. Bagi setiap diri adalah apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya , maka hijrahnya sudah tentu kembali kepada Allah dan RasulNya. Dan sekiranya seseorang itu berhijrah kepada keduniaan yang diingini atau kepada wanita yang ingin dikahwini, maka hijrahnya hanya kepada apa yang dihajati itu.

Kita digalakkan berhijrah dengan cara merubah diri daripada keingkaran kepada kepatuhan. Melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala laranganNya. Mereka yang berdosa sewajar bertaubat segera dan kembali kepada petunjuk Allah s.w.t.

Dalam sebuah hadis sahih , diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dari suku bani Israel telah membunuh 99 orang. Ahkirnya telah mencukupkan siri pembunuhannya yang ke-100 dengan pembunuhan seorang rahib . Diceritakan tentang pembunuhan terakhir ini, bermula ketika lelaki pembunuh ini bertanya kepada rahib. "Apakah taubatku masih lagi diterima ?" Lantas Rahib itu ditikam kerana menafikannya.

Setelah itu, si pembunuh menemui seorang alim lalu dia bertanyakan soalan yang sama. Lantas si Alim menjawab : Siapakah yang dapat menghalang antaramu untuk bertaubat ? Lalu si Alim menunjukkan jalan ke pintu taubat dengan meminta si lelaki pembunuh itu berpindah ke suatu negeri untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Mendengar nasihat si Alim itu, Si lelaki pembunuh memulakan perjalanannya ke tempat yang dikatakan. Di tengah perjalanan, dia telah mati. Maka datanglah malaikat. Malaikat rahmat. disusuli Malaikat azab. Mereka berselisih faham tentang si lelaki pembunuh yang telah mati itu. "Lelaki ini pergi untuk bertaubat " Lelaki ini belum sampai lagi ke tempat taubatnya " . Bagi merungkai masalah ini, mereka telah mengukur jarak di antara dua tempat itu. Yang mana paling dekat itulah nasib si lelaki itu. Maka Allah mendekatkan tempat taubatnya dan menjauhkan tempat maksiatnya. Lalu malaikat - malaikat tersebut mendapati tempat yang dituju untuk bertaubat lebih hampir. Malaikat Rahmat telah mengambil lelaki itu dan demikian Allah telah mengampuninya.....

اللهم إنك عفو كريم
تحب العفو فاعف عنا برحمتك
يا أرحم الراحمين

Ampunilah kami dan dekatkanlah kami kepada rahmat dan keampunanMu ya Allah ....

Lakaran Hijrah Rasulullah s.a.w


Klik pada gambar dan dapatkan gambaran yang lebih jelas .....




Tahu Hijrah ?

Hijrun asal kata Hijrah. Membawa maksud meninggalkan atau menjauhi sesuatu. ( Surah Maryam : 46 ) ( Surah al - Muddaththir : 5 ).

Pergi ke sesuatu tempat atau berpindah dari tempat ke tempat , makna yang biasa digunakan. Kemudian berlaku pula, hijrah yang melibatkan diri, lisan dan hati.

Menjadi kewajipan seseorang muslim, meninggalkan tempat yang penuh kekufuran ke tempat yang menghayati Islam kerana takut berlaku fitnah atau kerosakan pada diri dan dengan tujuan mendirikan atau menghayati agama.

Kata MUHAJIR pula bererti orang yang meninggalkan atau menjauhi sesuatu. ( Surah an - Nisa' : 100 )

Ringkasnya ,
Hijrah dikaitkan dengan peristiwa yang berlaku pada Rasulullah s.a.w dan umat Islam. Peristiwa Rasulullah s.a.w dan kaum muhajirin meninggalkan tanah air Makkah dan menuju ke Madinah. Termasuk dalam tuntutan hijrah ialah menjauhi nafsu ammarah bissuk, akhlak tercela, kehinaan , maksiat dan semua perkara yang merosakkan diri.

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w :
Muhajir itu ialah orang yang berhijrah atau meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t.

Hakikat Hijrah yang difahami dan sangat penting setelah pembukaan Makkah ialah meninggalkan dan menjauhi perkara yang dibenci Allah s.w.t kepada perkara yang disukai dan diredhai Allah s.w.t. ( Mukjam al - Wasit dan Mukjam alfaz al - Quran )


Hijrah Agung

Hijrah Rasulullah s.a.w suatu peristiwa yang mengagumkan, peristiwa yang agung dan hebat. Antara sejarah yang paling nyata dan mencabar, mendalam pengertiannya, dan terlalu besar kesannya. Ia tetap kekal sepanjang masa dan tidak akan dilupakan.
Ungkapan puisi sajak dalam bahasa arab mencetuskan semangat peristiwa ini :
Peristiwa yang melebar cahayanya,
Umpama matahari terang benderang tanpa awan mendung,
Sungguh hebat kejayaannya,
Setiap tahun disambut tanda ingatan,
Para pendakwah mendapat petunjuk,
Peristiwa tersirat hikmat dan pandangan.




Meneladani Hijrah : Usaha Niaga Tiada Merugi

Surah at - Taubah
( ayat 40 )
Kalau kamu tidak menolongnya ( Nabi Muhammad ) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, ketika kaum kafir ( di Makkah ) mengeluarkannya ( dari Makkah ) sedang ia salah seorang dari dua ( sahabat ) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya : "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada ( Nabi Muhammad ) dan menguatkannya dengan bantuan tentera ( malaikat ) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan ( syirik ) orang - orang kafir terkebawah ( kalah dengan sehina - hinanya ) dan Kalimah Allah ( Islam ) ialah yang tertinggi ( selama - lamanya ), kerana Allah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.
Hadis Rasulullah s.a.w
( Rekod oleh Syaikhan dan Ahmad )
Tiada hijrah selepas pembukaan Makkah , melainkan hijrah dalam bentuk Jihad dan Niat