Konsep Hijrah

Hijrah....
Adapun berhijrah dengan keluar dari negeri konflik orang kafir ke negeri aman orang Islam.Ia wajib di zaman Rasulullah s.a.w dan kewajipan itu berkekalan hingga zaman hari kiamat.

Adapun berhijrah dalam maksud hadis
( "Tiada hijrah selepas pembukaan Makkah kecuali jihad dan niat" ) : ialah berkaitan dengan hijrah ke bumi Madinah yang menjadi tempat tuju hijrah Rasulullah s.a.w. Hijrah Rasulullah ini tidak akan berlaku lagi selepas pembukaan Makkah.

Terdapat beberapa jenis hijrah :

- Keluar dari tempat yang berleluasa kemungkaran dan dipenuhi perkara - perkara haram. Ini sekiranya seseorang mukmin itu tidak dapat meleraikan dirinya daripada kemungkaran di situ , maka wajiblah baginya keluar dari situ. Ini kerana mencari yang halal itu satu kefarduan atau kewajipan bagi setiap muslim.

Ibnu Qasim pernah berkata :
Aku mendengar Imam Malik berkata : Tidak halal bagi seseorang untuk tinggal di sesuatu tempat yang dikeji oleh Salafu-sSoleh ( Sahabat - sahabat ).

Ibnu al - Arabi : Inilah yang benar kerana apabila kemungkaran tidak dapat diubah , maka wajiblah seseorang itu menjauhinya.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al - An'am ayat 68 yang bermaksud :

"Dan apabila engkau melihat orang - orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek - ejek ayat - ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain, dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan ( lalu engkau duduk bersama mereka ) , maka janganlah engkau duduk lagi bersama - sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau teringat ( akan larangan itu )."

Ada juga hijrah berlaku kerana takut akan penyakit yang merebak. Suatu masa, Rasulullah pernah memberi keizinan kepada para pengembala untuk berhijrah ketika sehinggalah keadaan kembali sihat.

Seseorang yang berhijrah juga kerana ingin menimba ilmu dan pengalaman. Ada juga mengembara kerana ingin mencari iktibar hidup . Biasa berlaku juga bagi orang yang menunaikan haji dan berjihad di jalan Allah.

Firman Allah dalam Surah an-Nisa' , ayat 100 :
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam ), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat behijrah yang banyak dan rezeki yang makmur, dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan rasulNya, kemudian ia mati ( dalam perjalanan ) , maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan Ingatlah Allah amat pengampun lagi amat mengasihani.

Hadis Rasulullah s.a.w yang telah direkodkan ole al - Bukhari dalam Kitab al - Iman bahawa baginda bersabda :
Sesungguhnya setiap amalan disertakan dengan niat. Bagi setiap diri adalah apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya , maka hijrahnya sudah tentu kembali kepada Allah dan RasulNya. Dan sekiranya seseorang itu berhijrah kepada keduniaan yang diingini atau kepada wanita yang ingin dikahwini, maka hijrahnya hanya kepada apa yang dihajati itu.

Kita digalakkan berhijrah dengan cara merubah diri daripada keingkaran kepada kepatuhan. Melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala laranganNya. Mereka yang berdosa sewajar bertaubat segera dan kembali kepada petunjuk Allah s.w.t.

Dalam sebuah hadis sahih , diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dari suku bani Israel telah membunuh 99 orang. Ahkirnya telah mencukupkan siri pembunuhannya yang ke-100 dengan pembunuhan seorang rahib . Diceritakan tentang pembunuhan terakhir ini, bermula ketika lelaki pembunuh ini bertanya kepada rahib. "Apakah taubatku masih lagi diterima ?" Lantas Rahib itu ditikam kerana menafikannya.

Setelah itu, si pembunuh menemui seorang alim lalu dia bertanyakan soalan yang sama. Lantas si Alim menjawab : Siapakah yang dapat menghalang antaramu untuk bertaubat ? Lalu si Alim menunjukkan jalan ke pintu taubat dengan meminta si lelaki pembunuh itu berpindah ke suatu negeri untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Mendengar nasihat si Alim itu, Si lelaki pembunuh memulakan perjalanannya ke tempat yang dikatakan. Di tengah perjalanan, dia telah mati. Maka datanglah malaikat. Malaikat rahmat. disusuli Malaikat azab. Mereka berselisih faham tentang si lelaki pembunuh yang telah mati itu. "Lelaki ini pergi untuk bertaubat " Lelaki ini belum sampai lagi ke tempat taubatnya " . Bagi merungkai masalah ini, mereka telah mengukur jarak di antara dua tempat itu. Yang mana paling dekat itulah nasib si lelaki itu. Maka Allah mendekatkan tempat taubatnya dan menjauhkan tempat maksiatnya. Lalu malaikat - malaikat tersebut mendapati tempat yang dituju untuk bertaubat lebih hampir. Malaikat Rahmat telah mengambil lelaki itu dan demikian Allah telah mengampuninya.....

اللهم إنك عفو كريم
تحب العفو فاعف عنا برحمتك
يا أرحم الراحمين

Ampunilah kami dan dekatkanlah kami kepada rahmat dan keampunanMu ya Allah ....

0 komen:

Catat Ulasan