Sebab Pertama : Tidak harus bagi seseorang muslim bermukim di sebuah penempatan yang menghina, memberi tekanan , dan menjejaskan kebebasan beragama dan hak individu. Bagi setiap muslim yang merasakan syiar Islam itu ditindas atau tertegah untuk mendirikannya, maka wajib baginya berhijrah ke penempatan yang memberi kebebasan agama dan mendirikannya.
Sebab Kedua : Merantau untuk mencari dan menuntut ilmu dan mendalaminya.
Sebab Ketiga : Wajib bagi umat Islam berhijrah kepada jamaah Islam ( persatuan ) atau kerajaan Islam yang kuat yang mana dengannya dapat menyebarkan Islam dan melaksanakan segala syariat Islam, dan menjaga kesuciannya. Jemaah atau kerajaan ini dapat melindungi dakwah Islam dan para pendakwah daripada pelampau - pelampau, musuh - musuh Islam dan orang - orang yang zalim.
Jadi hijrah melalui tiga sebab ini telah dicapai di Madinah sebelum pembukaan Makkah .Oleh itu, Rasulullah s.a.w bersabda ( Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Makkah melainkan hijrah dalam bentuk jihad dan niat ) . Daripada hadis Rasulullah s.a.w ini dapatlah difahami bahawa hijrah demi memelihara aqidah lebih afdal daripada berhijrah dari satu tempat ke tempat lain.
Sebuah syair Arab bermaksud :
Semangat peristiwa hijrah membuak - buak di dalam hati,
Setiap tahun ingatan terhadapnya disemai,
Ia mengilhamkan kita erti hidup yang mulia,
erti jihad di dalamnya menjadi kemegahan dan keindahan.
0 komen:
Catat Ulasan