Hijrun asal kata Hijrah. Membawa maksud meninggalkan atau menjauhi sesuatu. ( Surah Maryam : 46 ) ( Surah al - Muddaththir : 5 ).
Pergi ke sesuatu tempat atau berpindah dari tempat ke tempat , makna yang biasa digunakan. Kemudian berlaku pula, hijrah yang melibatkan diri, lisan dan hati.
Menjadi kewajipan seseorang muslim, meninggalkan tempat yang penuh kekufuran ke tempat yang menghayati Islam kerana takut berlaku fitnah atau kerosakan pada diri dan dengan tujuan mendirikan atau menghayati agama.
Kata MUHAJIR pula bererti orang yang meninggalkan atau menjauhi sesuatu. ( Surah an - Nisa' : 100 )
Ringkasnya ,
Hijrah dikaitkan dengan peristiwa yang berlaku pada Rasulullah s.a.w dan umat Islam. Peristiwa Rasulullah s.a.w dan kaum muhajirin meninggalkan tanah air Makkah dan menuju ke Madinah. Termasuk dalam tuntutan hijrah ialah menjauhi nafsu ammarah bissuk, akhlak tercela, kehinaan , maksiat dan semua perkara yang merosakkan diri.
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w :
Muhajir itu ialah orang yang berhijrah atau meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t.
Hakikat Hijrah yang difahami dan sangat penting setelah pembukaan Makkah ialah meninggalkan dan menjauhi perkara yang dibenci Allah s.w.t kepada perkara yang disukai dan diredhai Allah s.w.t. ( Mukjam al - Wasit dan Mukjam alfaz al - Quran )
0 komen:
Catat Ulasan