Kami Berbicara bersama Pengetua

Di makmal komputer ,
Setelah mengawas kelas peperiksaan pada masa kelima dalam jadual pembelajaran. Aku berjalan terus ke makmal komputer. Tempat inilah aku selalu beristirehat bersama rakan setugasku, yang juga adalah guru ICT. Macam dulu - dulu, aku juga pernah lepak di makmal komputer SMK Mutiara , sewaktu aku bertugas di Labuan.

Aku seronok di situ. Rileks, santai dan berinfomasi..

Tapi petang ini, aku cuma mahu beri tumpuan kepada kertas - kertas jawapan murid - muridku. Setakat ini baru dua yang sempat aku semak. Masih ada lebih kurang 40 minit , menunggu tamatnya waktu sekolah hari ini.

Namun sebaik melangkah kaki kanan masuk ke dalam makmal. Bunyi suara datin ( pengetua ) , sedang berborak dengan rakan saya. Saya masuk dan memberi salam. Saya turut berborak. Tidak lama kami berborak. Sempat kami mengusulkan cadangan untuk membuat modul atau kertas kerja sempena sambutan Hari Guru 2010. Datin ok sahaja. Cuma ada syaratnya , biarlah acara yang hendak dijalankan sesuai dan sepadan dengan suasana kawasan di sini. Kami pun bersetuju dan akan menyiapkan kertas kerja secepat mungkin untuk disemak dan dikomen oleh Datin.

0 komen:

Catat Ulasan